BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 7, 2009

JENIS-JENIS KEGELISAHAN

Sigmund Freud (1856-1936) dianggap orang yang mula-mula membincangkan konsep kegelisahan dalam bidang psikologi moden. Beliau membahagikan kegelisahan kepada tiga jenis iaitu :

1) Kegelisahan Realistik

kegelisahan yang dirasai kerana adanya sesuatu ancaman yang nyata yang wujud, atau ancaman yang dijangkakan di dalam persekitaran.

2) Kegelisahan Moral

kegelisahan yang terhasil daripada hati nurani atau conscience seseorang individu.

3) Kegelisahan Neurotik

Kegelisahan yang timbul daripada perasaan bimbang seseorang yang dia tidak dapat mengawal cetusan naluri-nalurinya sehingga menyebabkan dia melakukan sesuatu perkara yang di luar kawalan dirinya.

******PUNCA KEGELISAHAN*******



1. KEKECEWAAN

kekecewaan berlaku apabila sesuatu perkara yang diingini oleh seseorang tidak dapat dicapai sebagaimana yang diharap-harapkan. (kamal, 1996) ia boleh terjadi kepada individu yang mengalami putus cinta, kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda, kegagalan mencapai cita-cita, kegagalan dalam pepriksaan, dan lain-lain peristiwa yang berkaitan dengan musnahnya harapan dan impian yang diidam-idamkan.

2. KONFLIK

Konflik dalam bentuk fizikal mahupun psikologi ialah sesuatu yang biasa dialami manusia.konflik yang dapat menimbukan kegelisahan biasanya adalah konflik psikologi yang dialami oleh seseorang individu. Sebagai contoh, rasa gelisah dapat berlaku apabila dia melakukan sesuatu perkara yang berlawanan dengan nilai-nilai agama, keyakinan dan hati nuraninya hingga menimbulkan perasaan berdosa atau bersalah.

3. PENGALAMAN TRAUMA

Pengalaman trauma dapat dedefinisikan sebagai pendedahan yang dialami oleh individu kepada kejadian-kejadian yang pahit dan sangat mengejutkan dan pengalaman tersebut dapat mengancam kehidupan individu itu.Beberapa peristiwa atau kejadian yang mengejutkan, menakutkan, mengerikan, memalukan, kejadian kehilangan dan pengkhianatan apat membawa kesan trauma dan mengganggu kehidupan individu yang terlibat dengan kejadian itu, bagi orang yang rapat dengannya, seperti anak, isteri dan lain-lain, ataupun orang yang melihatnya sahaja.

4. SAHSIAH DIRI

Setiap individu mempunyai trait-trait personaliti yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Ada individu yang memang mempunyai personaliti stabil dan tetap tenang menghadapi apa jua situasi. Sekiranya seseorang itu membesar di dalam lingkungan keluarga yang sentiasa mementingkan disiplin, melakukan kesilapan yang kecil sahaja sudah merupakan rangsangan baginya berasa cemas dan gelisah. sekiranya dia membesar di dalam lingkungan keluarga yang sentiasa bertolak ansur dan memberi sokongan, kesilapan kecil seperti itu tidak mendatangkan apa-apa perasaaan cemas ataupun gelisah di dalam dirinya.

5. TEKANAN

Tekanan adalah keadaan emosi yang negatif dan tindak balas fisiologi yang berlaku dalam situasi di mana individu menerima ancaman terhadap tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat penting yang mungkin tidak tercapai (Lazarus dan Folkman (1984) dalam Baron, 1993). Tekanan ialah salah satu faktor penyumbang kepada kegelisahan yang dialami oleh seseorang. contohnya tekanan disebabkan oleh gaya hidup individu sendiri, masalah berkaitan dengan keluarga, tekanan di tempat kerja dan sebagainya.

Thursday, August 27, 2009

******** LANGKAH MENGATASI **********






Sentiasa meluangkan masa bersama keluarga
Mempunyai pemikiran yang positif
Berani dalam hidup
Sentiasa bergembira
Mempunyai jiwa yang tenang
Merancang aktiviti-aktiviti yang sihat
Tekun dan bersungguh untuk berjaya
Mengambil teladan dan pengajaran daripada perkara luar jangka
Mempunyai perancangan setiap perkara yang dilakukan
Sentiasa berusaha memberi sesuatu yang lebih baik
Meluangkan masa kepada perkara yang lebih penting


*************Kesan Kegelisahan***************



Rasa resah, cemas dan takut

Mengalami perubahan pada fizikal

Debaran jantung bertambah cepat

Tekanan darah meningkat

Pengsan

Hilang selera makan

Sesak nafas

Bertambahnya aktiviti kelenjar peluh

Kerap buang air kecil

Tidur tidak nyenyak

Mengalami ketegangan otot tertentu

Tidak berupaya berfikir dengan rasional

Gagal memberi tumpuan kepada pekerjaan

Prestasi kerjaya merosot

Rumah tangga kucar-kacir

Kehidupan seharian terjejas

Kemudaratan pada fungsi tubuh dan mental




"Mengikut pendapat Ramli 1990 perubahan-perubahan ini berlaku akibat daripada bertambahnya aktiviti-aktiviti sistem saraf autonomik dan dalam tubuh badan."









Monday, August 24, 2009

***********DEFINISI EMOSI **************

Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat (seperti sedih,marah,gembira,takut,benci dan lain-lain).


Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih sayang,keriangan,benci,takut,cemburu,keseronokan atau gangguan perasaan).

The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang atau takut. Oleh itu emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi.
(Dalam buku, Meningkatkan Daya Fikir Mohd. Azhar Abdul Hamid, PTS Publications & Distributors SDN BHD).